Wednesday, April 27, 2011

Beginikah Cinta???

Detik-detik mengenal cinta diibaratkan seperti lahir kedunia baru yang penuh dengan liku-liku tersendiri tetapi atas dasar apakah cinta kita terhadap makhluk Allah ini??
1)raut wajahkah
2)status ekonomikah
3)status keluargakah
4)mungkin atas dasar agamanya

........mungkin juga atas sebab kesemuanya sekali.Islam mengalakkan kita untuk mencari calon hidup berdasar kesemua ciri- ciri diatas, akan tetapi pegangan agama mestilah didahulukan kerana agama itu pembimbing kehidupan dan kerana agama jualah lahirnya raut wajah yang bersih,rezeki yg melimpah ruah, lahirnya insan-insan yang berakhlak mulia dan insan yang bakal mencorak dunia di masa harapan. Tetapi tertimbul satu pertanyaan sejauh manakah perlunya cinta???
Sedangkan cinta kepada sang pencipta pun belum terbalas. Cubalah kita merenung seketika tentang cinta kita denganNYA....
-bila adanya temujanji dengannya:kita menagguh-nangguh,pelbagai alasan yang diberi tetapi bila bertemu janji dengan makhlukNYA, jangankan api,badai pun sanggup ditempuhi demi bertemu buah hati pengubat rindu katanya. Berdasarkan sebab-sebab diatas,layahkah kita untuk bercinta??sedangkan cinta paling utama belum terbalas...mari kita renung-renungkan bersama......
-pernahkah kita meluangkan sedikit masa kita untuk membaca al-quran mahupun berzikir memuji kehebatanNYA.tetapi....cuba kita fikirkan...berapa kalikah dalam sehari kita menelefon kekasih hati kita dan berapa lamakah kita menghabiskan masa dengannya dengan hanya berbual kosong. ini boleh diibaratkan seperti kita diberi 2 pilihan antara longgokan emas dan longgokan daun kering. yang hairanya kita memilih longgokan daun kering itu, agak-agak anda, berbaloikah semua itu??daun dan emas dipilihnya daun kering.cuba kita luangkan sedikit masa dan renung-renungkanlah seketika.......
-penutup bicara,andai kita diberi pilihan becinta sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin. yang manakah menjadi pilihan kita?? sebagai insan yang pernah dalam situasi ini ana berani memberi jaminan ramai yang akan memilih untuk bercinta sebelum berkahwin dengan alsan perlu mengenal hati budi kerana perkahwinan adalah untuk jangkamasa yang panjang,tidak kurang jua dengan alasan tidak mahu bercerai,kalau menjadi kekasih sahaja boleh sahaja diputus-putuskan,tidak rugi wang ringgit. Tetapi kita dapat melihat gelagat-gelagat pasangan kekasih sekarang. Lagaknya melebihi pasangan suami isteri, katanya ingin mengenal hati budi tetapi akhirnya mengenal tubuh badan sekali dan akibatnya bertambah seorang makhluk Allah dimuka bumi ini. Bila sudah diketahuinya begitu mulalah tidak mahu bertanggungjawab, saling salah menyalahi, waktu membuat perkara tersebut tidak dipikirnya benda begini berlaku dan akhirnya ditinggalnya sang wanita dengan hasil mereka bersendiriaan. Dengan tekanan dan takutnya pada malu, ditamatnya nyawa seorang hambaNYA yang tidak sempat melihat dunia. Oleh yang demikian dapatlah dikonklusikan bahawa cinta sebelum kahwin hanyalah berdasarkan nafsu semata-mata. tetapi jangan marahkan ana, ini hanyalah atas dasar pemahaman ana. Sesungguhnya yang buruk itu dari diri ana dan yang baik itu dari Allah dan disalurkan untuk ana sampaikan kepada semua.kita akhirkan entry kali ini dengan sebuah video yang yang agak menarik tentang percintaan selepas perkahwinan.

SELAMAT MENGHAYATI, Assalamualaikum.......